Monday, September 9, 2013

Pertama kaki ku di UMK...










Setinggi rafaq dan syukur aku panjatkan kepada tuhan yang sentiasa memelihara kesihatan,kebajikan,rezeki,dan sungguh jika dibandingkan dengan ketaatan aku,sungguh! aku hanya hamba yang lemah dan dhoif...andai aku dibicarakan di mahsyar mesti aku memerlukan syafaat dari rasulku...setinggi rasa rindu,cinta dan sayang aku kepada rasul  akan aku perlihara dalam sedetik kehidupan aku...kali pertama aku disapa pangilan UMK aku rasa agak seronok dan bercampur resah kerana bidang yang aku ambil kini jauh lari dari bidang pengajianku dahulu...tapi aku gagahkan diri kerana bidang ini agak bersesuaian dengan diriku...beberapa minggu aku di Universitas bertaraf antarabangsa ini(bole dikatakan begitu)aku mula merasa rindu akan suasana aku semasa kecil yang jauh dari masalah yang kadang kala kurasakan besar padahal jika nak dibandingkan dengan keutamman dalam kataatan masalah itu cuma kecil...seminggu aku di UMK juga mengajar aku untuk mencuba menjadi insan yang bijak mengurus perasaan walau hati aku ini kadang kala runsing dengan masalah dunia yang remeh dan rumit...kadang memerang perasaan kadang kala memujuk hati aku ini untuk cinta dan taat kepada tuhan yang mencipta....sungguh aku dulu bukanlah seorang yang kuat dalam menangani setiap pertarungan hati tapi apa yang aku pasti aku akan cuba sekuat mungkin untuk gagahi mengawal perasaan kendiri....sungguh keredhaan Allah itu adalah mashlahat utama dalam kita merangka setiap perjalanan kita...jadikan takwa sebagai indicator dalam kita meniti titian kehidupan yang kadang berduri dan beronak...jadi sudah pasti akhlak dan penerampilan kita harus kita jaga...bagi wanita dengan cara pergaulan dan perhiasan mereka manakala lelaki dengan gaya dan cara mereka bertutur dan bersopan...alangkah indah jika dunia ini dipenuhi dengan rijal yang baik tutur katanya dan alangkah cantik dunia ini jika wanitanya berpakaian menutup aurat dengan sempurna dan seindahnya....mungkin ini satu yang akan terjadi suatu hari nanti...oleh itu harus kita take part in the even untuk sama-sama kita naikan islam itu sendiri...

"alangkah beruntung seseorang itu jika dia bersama-sama dengan perjuangan islam,dan sudah pasti apabila islam itu menang dia bukanlah orang yang hanya mampu untuk melihat dari jauh,tetapi dia akan menjadi orang yang bersama-sama bersorak akan kemenangan itu"

aku disini bukanlah orang yang layak untuk membuah pemikiran tetapi hasrat hati ingin berkongsi akan apa yang terbuku...jika orang sebelumnya mampu untuk bangun disepertiga malam...apa alasan untuk kita untuk tidak melakukan hal yang sama??...moga coretan tidak seberapa ini terinspirasi akan insan yang membaca
dan mencorak rentak yang baru dalam mencari rahmah dan redhanya...asalamualaikum.

..

Tuesday, May 21, 2013

Wanita solehah perhiasan dunia...

Wanita penyeri kehidupan lelaki merekalah juga sinar kebahagian rumah tangga...Kali ini aku akan cuba mengungkap satu persatu keindahan ciptaan tuhan iaitu wanita...wanita satu makhluk ciptaan tuhan yang mempunyai perasaan lemah lembut,penyayang,sabar,bijak dan banyak lagi..mereka juga makhluk yang mudah menangis buktinya, cuba hampa imbas kembali time tadika hampa buli budak perempuan dia akan menangis punya that's the natural behavior yang ada pada wanita...hebatnya kelebihan menangis yang ada pada wanita ini ialah dengan menangis mampu melembutkan hati dan orang yang lembut hatinya akan menjadi seorang yang penyayang...hah,bole nampak keterikatan sifat-sifat yang ada pada wanita ini...sempoikan...ok sekarang kita selami lebih dalam tentang wanita..mereka seorang yang tabah????...yaka???...haha mestilah ini terbukti pada zaman rasul-rasul kita lagi dimulakn dengan cerita Hawa isteri kepada nabi adam, tabah mencari suaminya walaupun terpisah jauh...di ikuti dengan kisah Asiah isteri firaun yang imannya kuat bagai batu...lepastu muncul pulak Masyitah...then Balkhis...dikuti dengan zaman nabi kita nabi Muhammad S.A.W...isteri nabi sendiri Siti Khadijah seorang yang sangat-sangat tabah walau disaat nabi dihina dicaci dia sedikit pon tak gentar dan tak pula meninggalkan nabi...dan ramai lagi kisah wanita hebat yang bole kita singkapi sendiri dalam buku "sahabiyat haula ar-rasul, penulis;Muhammad Hassan...ahah...kita bole nampak hebat sifat ketabahan mereka dan sepatutnya dicontohi wanita moden yang kini hebat bergaya...jangan kita hanya hebat dalam berhias habatkan jugak perhiasan akhlak kita dan ibadah kita ya adik manis pujaan jejaka tampan lagi soleh...hehehe...Indah paras rupa anugerah tuhan kepada wanita...wanita dianugerahkan keindahan paras rupa dan kehalusan suara yang mana mampu mencairkan hati lelaki yang memerhati dan mendengar suara mereka...kelebihan ini diberi kepada tuhan untuk wanita agar dapat menghiburkan suami mereka tatkala suami mereka letih mencari rezeki seharian...ini kerana seindah indah periasan adalah wanita solehah...tapi ingat jangan pula melebih-lebih apabila berdepan dengan yang bukan mahram...ingat ayat ni..;

"Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32"


hehehe...jadi bijak berbicara dan berhias ye wanita-wanita comel...
Wanita hebat dalam menguruskan rumah tangga...yaka???...yang ini mestilah...beberapa hari lepas aku ada bersembang dengan seorang sahabat baik aku tentang wanita dia cakap kat aku..."can u emagine your mom uruskan awak dengan adik-adik awak,disamping dia uruskan kerja rumah"...aku pon berfikir sekejap tetiba timbol pulak dalam kepala aku macam mana wanita yang bekerjaya menguruskan anak-anak,suami,dan kerja rumah...bukankah ianya cool...hehehe...tapi tetap cool ja depa uruskkan...ok hal ini kita letak satu relationship dengan satu sifat yang hebat Allah kurniakan kepada wanita iaitu kesabaran...kalau diorang tak sabar tentu diorang tak akan mampu untuk buat semua tu...dan sifat sabar ini lahir dari sifat kuat menangis mereka ini...betulkah???...hahaha ini pandangan aku saja, bila wanita menangis itu tanda mereka protes something yang mereka tak suka tampa membantang dengan kekerasan dan ini sedikit sebanyak membina kesabaran yang utuh dalam jiwa mereka(i think so, kalau tak setuju bole tegur)...sifat sabar ini yang menampakan wanita insan yang hebat...hebatnya seorang wanita bertambah jika mereka mengabdikan diri dengan sebenar-benarnya kepada tuhan...

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Wanita juga hebat bekerjaya???...tak dinafikan lagi Saidatina Khadijah Bt Khuwailid seorang peniaga yang hebat...siapa kata wanita kena duduk dapur ja...mana ada, itu melayu la bro...hehehe...tapi kena ingat bekerjaya itu perlu tapi harus seimbang dengan keperluan anak-anak dan suami sebab isteri hak milik suami...itu sebab penting untuk si isteri melayan kerenah nakal si suami...hehehe...

"Isteri hak milik suami,suami hak milik ibunya"...

Dan sebelum aku habis, sifat ar-rahim yang diletakan kepada wanita menambahkan lagi seri pada wananita...rahim wanita merupakan tempat seorang anak berlindung sebelum dia tiba di dunia...hah ini lagi satu kelebihan mereka...depa ada rahim and ada peluang nak rasa bibit-bibit manis ketika mengandung dan ketika melahirkan...ha saat mereka mengandung mereka akan ditingkatkan rasa kasih dan  sayang dalam diri mereka...dan disaat mereka melahirkan sifat sayang itu akan mencapai kemuncak terhadap bayi yang mereka lahirkan...that's why tak hairanlah ada setengah wanita yang tak tentu arah apabila mereka kehilangan anak mereka...hahaha hebatkan wanita...aku sendiri terpengun dengan ciptaan tuhan yang indah ini...jom wanita semua korang jadi wanita solehah hehehe...



Friday, February 1, 2013

Saja suka-suka nak tulis....


Ok sekarang tgah cuti tulis pi la kan mengarut2 pon kan....kali ni kita nak tgok sikit kehidupan aku kat matrik.Ok,first time masuk memang excited gila dan sekarang sedar tak sedar ddah nak kena belah dari matrik dah...Almaklumla sekejap je program kat sini bukan lama pon at least daOptionspat balajar banyak benda kat sini.Firstly,memang kena strugle la kat sini sebab setahun saja tak le la nak releks macam kat sekolah dulu...but at the same time banyak pengalaman yang cek timba disini...Pengalaman2 ni kadang-kadang aku rasa bagus untuk aku.ia mengajar aku banyak benda and buatkan aku mampu untuk berfikiran lebih matang.Even kat matri dulu kami di didik untuk berfikir dan diajar untuk berani buat keputusan,at that particular time aku ada kawan2 aku yang banyak gila support aku sampai satu tahap bila aku ada masalah ramai ja yang akan tolong aku.Aku ingat lagi waktu aku form one,time tu ayah aku meninggal dunia...kawan-kawan terbaik aku ni diorang dalam diam-diam kutip duit then bagi kat aku,time tu kami form one bro mampu untuk buat macam tu sebab nak ambil hati kawan and time tu kalau nak tau aku touching sgat dgn diorang...sirius we takde sapa yang dapat ganti persahabtan kita we(generasi 17 matri).Alangkah bestnya kalau ada lagi waktu-waktu untuk kita duduk kat blakang dorm hikmah dan lepak ramai-ramai lepas main bola...kan best kalau ada lagi time untuk kita bakar daging sampai pukul dua pagi pastu kena ambush ngan ustaz nazar...kan best kalau kita bole hampar karpet dalam kelas pastu tidor ramai-ramai sebelum masuk zohor...tapi semua tu dah lepas...yang penting sekarang nie kita corak masa depan kita dan jadikan diri kita berguna untuk agama kita dan islam dapat tumpang kejayaan kita walau kat mana kita berada...senyum selalu we...

Tuesday, May 15, 2012

Khas untukmu guru.....

Setiap hari kau melangkah,
Untuk mendidik anak bangsa,
Sedikit helaan nafas lelah tidak pernah engkau hembuskan,
Hanya untuk melihat satu perkara,
Anak didikmu berjaya suatu masa,

Sentiasa berusaha dan berusaha,
Walau diri semakin dimamah usia,
Untuk mengajak anak-anak mu ini,
Taat dan patuh suruhan illahi,
Agar dirimu, juga anak-anakmu,
Selamat di dunia juga akhirat nanti,

Engkau seorang murabbi,
Tidak pernah jemu dek kenakalan kami,
Walau fikiran kami melayang jauh pergi,
Tatkala engkau sedang berada di depan,
Mencurahkan ilmu hanya untuk masa depan kami,
Engkau masih tersenyum....

Senyuman yang tersirat seribu makna,
Senyuman yang tiada tanda-tanda penyesalan,
Senyuman yang penuh dengan kepuasan,
Sentiasa tersenyum melihat anak-anakmu ini,

Kini kita bersua lagi,
Walau wajah mu dimamah usia,
Rambut mu semakin memutih,
Senyuman yang dulu kau lemparkan kepadaku,
Masih tetap sama,
Senyuman yang seringkali membuatku gembira,
Senyuman yang jauh dari perasaan kecewa,

Enkaulah guruku,
Engkaulah murabbiku.....

Tuesday, May 8, 2012

Makan-makan....Dan makan..


Asalamualaikum,semoga semua yang membaca blog ini berada dalam rahmatnya selalu insyaallah.Memakan adalah satu lumrah untuk kehidupan kita.Mana mungkin seorang manusia itu boleh hidup tanpa makan.Jika tidak makan sudah pastinya dia akan lemah dan sakit dan tidak berupaya untuk melakukan kerja harianya.Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita kena sentiasa menjaga adab sentiasa makan dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada kita.Suka untuk saya memperingatkan bahawa Rasulallah S.A.W pernah bersabda
                 
                    "Makanlah ketika lapar,Dan berhentilah sebelum kenyang"

nescaya banyak kebaikan yang kita akan dapati daripada anjuran junjungan besar kita ini.Makanlah dan jangan keterlaluan pilihlah makanan yang baik dan halal untuk kita agar makanan yang kita makan itu menjadi sumber kekuatan atau tenaga kepada kita untuk menjalani kehidupan yang sihat serta memudahkan kita untuk melakukan ibadah dan meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah S.W.T.Ingatlaah jangan kita lebih-lebihkan makan kerana dengan makan berlebihan takut-takut nanti badan kita pula yang kurang sihat.

"Hai anak adam pakailah pakaianmu yang indah disetiap(memasuki) masjid,makanlah dan minumlah,dan jangan berlebih lebihan.Sesungguhnya Allah tidak meyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"

(AL-A'RAF,7:31)

Mari kita renungkan bersama......

Saturday, May 5, 2012

JOM JALAN-JALAN...

Kali ini kita nak bersembang tentang melancong.Kita jangan pikir nak kena tunggu gaji dua tiga ribu baru nak berjalan sirius lambat.Jadi kita kena rancang la dari sekarang.Satu cerita nak dikongsi,bermulanya diatas satu kereta api.Terserempak ngan seorang pak cik ni "salam pakcik,pak cik nak gi mana ni"..."Oooh pak cik nak gi mesir".."Amboi pak cik jalan jauh nampak....""sebenarnya pak cik baru balik dari korea ni"...Biar betul pak cik buat apa kat sana"..."hehehe,saja ja nak berjalan sambil meniaga nasi lemak"..."Pak cik pandai speaking ke"..."Tak"...aku terdiam....Pak cik tadi kalau tgok passport dia hampir satu dunia dia dah pergi.Apa kerja dia jual nasi lemak tapi international punya la.Kalau pakcik tadi bole kenapa kita tak bole kita muda lagi.Dia merantau dengan isteri dia ja tak risau pon apa akan berlaku kat diorang...Bila jumpa diorang ni berdebar pulak rasa saya nak melancong.Sekarang nie dalam Malaysia dulu la, nanti2 luar pulak.Berjalan atau melancong tak rugi sebab bole melihat dunia ciptaan Allah.Bertambah keimanan kita insyaallah...Beratambah terpegun kita dengan pencipta kita.Bertambah pengetahuan,berkembang pemikiran,bertambah pengalaman.....Jadi jom jalan-jalan.

Sunday, April 29, 2012

Berfikir jangan Beremosi....

Hari ni hangat dengan cerita bersih.....which part of this story should we believe...Sebagai manusia kita kena melihat dari semua sudut tindakan.Adakah tindakan yang kita ambil betul atau salah...Sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran.Saya baru dalam menulis seperti ini tapi rasa ingin membuahkan pemikiran yang terkandung ada.Apa guna menyimpan di dalam hati.Semua manusia akan berrtindak mengikut kepentingan.Sebaik-baiknya kita bertindak mengikut pemikiran kita bukan emosi.Bertolak ansur dalam mengejar kepentingan.Sudah pasti ada jalan keluar dari permasaalahan yang timbul.....