Tuesday, November 9, 2010

Hari raya qurban,banjr?


Asalamualaikum dan salam sejahtera,moga hidup di dalam rahmah dan mawadahnya insyaallah.Kedip-kedip mata dah nak dekat raya haji baru je rasa raya puasa.Sebenarnya raya haji adalah satu medan yang tinggi untuk kita merapatkan silaturrrahim,tau kenapa sebabnya dengan aktiviti korban yang berlangsung pada hari raya inilah.Waktu tu orang dah tak kisah ko kaya ke ko miskin ke tapi gotong royong nak sembelih lembu tetap berjalan.Tapi saya ada juga perasaan simpati kepada keluarga yang kena banjir kan tau sebab apa,??? la mesti lah ntah ntah orang yang kena banjir tu dah rancang nak wat qurban ke,last tak jadi sebab nak save duit untuk ganti rugi barang mereka yang habis dimamah banjir tu.Bagi mereka ni janganlah risau tak pa kita merancang allah pun merancang tapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan allah.....

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya...


Aslamualaikum selamat hari raya buat tahun 2010 subhanallah kita dah berjaya habiskan puasa kita tahun ni tak macam orang yang tak puasa tu.Tapi raya raya jugak tapi pegaulan kita kena la jaga.Ha ada cerita hari tu pergi raya kat umah cikgu saya fuuh anak dia dah la sama ngan kitorang kat sekolah rendah.Nasib baik anak dia malu kucing nak keluar kalau tak tak terkata la kami dah la anak anak cikgu tu cantik biasa la diva la katakan.Pastu ada adegan yang agak mencuit hati bila ada rumah yang kitorang ziarah ni nak salam ngan kitorang so apa nak buat.... senang je cakap kat makcik tu yang kita ni bukan muhrim tak boleh nak salam.And last kami pi la rumah makcik nie anak dia pon sama ngan kami waktu di sekolah rendah tapi dia ni friendly sikit dia daang la sembag ngan kami dah la dia tu cun la jugak, yang kawan saya ni dah menggeletar tangan dia nak sembang.Pastu saya mula la perbualan tak pa la berbual camtu camtu janji jangan nak melalut nak keluar dating kat jitra ka apa ka cuma tanya bab sihat ka,sekolah kat mana,atau kawan kawan macam mana ok la ha...jangan cuba main main mata plak nanti dia terlekat kat awak baru tau saje je melawak so jaga lah tindak tanduk kita...hehehe....so satu lagi boleh ka sembang ngan bukan muhrim dalam facebook yang tu nanti kita tanya lah ustaz hahaha subhanallah...

Friday, August 27, 2010

Istiqamah...Apa yer?


Istiqamah itu apa?...Uum istiqamah itu ebenarnya apa yang kita buat kerana Allah dengan bersungguh-sungguh serta ada penerusan dalam kehidupan kita.Sebenarnya ada orang yang buat kerja dengan bersungguh-sungguh tapi sebentar sahaja....Apa orang melayu kata "Hangat-hangat tahi ayam" ha inilah yang dikatakan orang yang tidak beristiqamah.Contohnya,apabila keluar ramadhan ini ramai-ramai orang yang pergi ke masjid pada bulan ramadhan tu bila keluar je ramadhan dah tinggal dua atau tiga orang je kat masjid tu.Mungkin kita pikir bulan ramadhan saje kita kena buat ibadah betul-betul bulan lain tak payah.Kalau ada yang berfikiran macam tu tolong buang lah jauh-jauh sebab bulan ramadhan adalah bulan unutk latihan kita sebelum menempuhi bulan yang lain yang penuh dengan cabaran.....betul ke tidak,dan itulah pentingnya istiqamah dalam kehidupan kita supaya kita terus melakukan amalan kita samada di bulan ramadhan atau bulan lain...macam upin dan ipin tu ha ha ha...

Thursday, August 26, 2010

Indahnya Puasa...


Alhamdulillah kali ini kita berjaya dapat sampai ke pertengahan bulan Ramadhan diharapkan kali ini kita dapat meneruskan lagi ibadah kita agar ramadhan yang berbaki kali ini menjadi ramadhan yang berkualiti.Buat pembaca sekalian dalam kehidupan kita ada dua amal yang perlu kita lakukan yang pertama ialah iltizam amal tarbawi serta iltizam amal da`wi.Pertama amal tarbawi ialah amal telah ditetapkan oleh syariat seperti ibadah sunat mahupun wajib.oleh itu kita mestilah menambahkan ibadah sunat kita mahupun memperbaiki ibadah wajib kita.So semua yang mengikuti Blog ini mari lah kita memperbaiki diri kita pada ramadhan yang berbaki ini.Iltizam amal da`wi ialah mengajak orang lain unutk bersama-sama melakukan ibadah.Dan inilah yang dikatakan diri kita soleh serta musleh dan inilah yang dikatakan amal soleh diri kita......sekian