Friday, August 27, 2010

Istiqamah...Apa yer?


Istiqamah itu apa?...Uum istiqamah itu ebenarnya apa yang kita buat kerana Allah dengan bersungguh-sungguh serta ada penerusan dalam kehidupan kita.Sebenarnya ada orang yang buat kerja dengan bersungguh-sungguh tapi sebentar sahaja....Apa orang melayu kata "Hangat-hangat tahi ayam" ha inilah yang dikatakan orang yang tidak beristiqamah.Contohnya,apabila keluar ramadhan ini ramai-ramai orang yang pergi ke masjid pada bulan ramadhan tu bila keluar je ramadhan dah tinggal dua atau tiga orang je kat masjid tu.Mungkin kita pikir bulan ramadhan saje kita kena buat ibadah betul-betul bulan lain tak payah.Kalau ada yang berfikiran macam tu tolong buang lah jauh-jauh sebab bulan ramadhan adalah bulan unutk latihan kita sebelum menempuhi bulan yang lain yang penuh dengan cabaran.....betul ke tidak,dan itulah pentingnya istiqamah dalam kehidupan kita supaya kita terus melakukan amalan kita samada di bulan ramadhan atau bulan lain...macam upin dan ipin tu ha ha ha...

Thursday, August 26, 2010

Indahnya Puasa...


Alhamdulillah kali ini kita berjaya dapat sampai ke pertengahan bulan Ramadhan diharapkan kali ini kita dapat meneruskan lagi ibadah kita agar ramadhan yang berbaki kali ini menjadi ramadhan yang berkualiti.Buat pembaca sekalian dalam kehidupan kita ada dua amal yang perlu kita lakukan yang pertama ialah iltizam amal tarbawi serta iltizam amal da`wi.Pertama amal tarbawi ialah amal telah ditetapkan oleh syariat seperti ibadah sunat mahupun wajib.oleh itu kita mestilah menambahkan ibadah sunat kita mahupun memperbaiki ibadah wajib kita.So semua yang mengikuti Blog ini mari lah kita memperbaiki diri kita pada ramadhan yang berbaki ini.Iltizam amal da`wi ialah mengajak orang lain unutk bersama-sama melakukan ibadah.Dan inilah yang dikatakan diri kita soleh serta musleh dan inilah yang dikatakan amal soleh diri kita......sekian