Tuesday, May 15, 2012

Khas untukmu guru.....

Setiap hari kau melangkah,
Untuk mendidik anak bangsa,
Sedikit helaan nafas lelah tidak pernah engkau hembuskan,
Hanya untuk melihat satu perkara,
Anak didikmu berjaya suatu masa,

Sentiasa berusaha dan berusaha,
Walau diri semakin dimamah usia,
Untuk mengajak anak-anak mu ini,
Taat dan patuh suruhan illahi,
Agar dirimu, juga anak-anakmu,
Selamat di dunia juga akhirat nanti,

Engkau seorang murabbi,
Tidak pernah jemu dek kenakalan kami,
Walau fikiran kami melayang jauh pergi,
Tatkala engkau sedang berada di depan,
Mencurahkan ilmu hanya untuk masa depan kami,
Engkau masih tersenyum....

Senyuman yang tersirat seribu makna,
Senyuman yang tiada tanda-tanda penyesalan,
Senyuman yang penuh dengan kepuasan,
Sentiasa tersenyum melihat anak-anakmu ini,

Kini kita bersua lagi,
Walau wajah mu dimamah usia,
Rambut mu semakin memutih,
Senyuman yang dulu kau lemparkan kepadaku,
Masih tetap sama,
Senyuman yang seringkali membuatku gembira,
Senyuman yang jauh dari perasaan kecewa,

Enkaulah guruku,
Engkaulah murabbiku.....

Tuesday, May 8, 2012

Makan-makan....Dan makan..


Asalamualaikum,semoga semua yang membaca blog ini berada dalam rahmatnya selalu insyaallah.Memakan adalah satu lumrah untuk kehidupan kita.Mana mungkin seorang manusia itu boleh hidup tanpa makan.Jika tidak makan sudah pastinya dia akan lemah dan sakit dan tidak berupaya untuk melakukan kerja harianya.Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita kena sentiasa menjaga adab sentiasa makan dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada kita.Suka untuk saya memperingatkan bahawa Rasulallah S.A.W pernah bersabda
                 
                    "Makanlah ketika lapar,Dan berhentilah sebelum kenyang"

nescaya banyak kebaikan yang kita akan dapati daripada anjuran junjungan besar kita ini.Makanlah dan jangan keterlaluan pilihlah makanan yang baik dan halal untuk kita agar makanan yang kita makan itu menjadi sumber kekuatan atau tenaga kepada kita untuk menjalani kehidupan yang sihat serta memudahkan kita untuk melakukan ibadah dan meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah S.W.T.Ingatlaah jangan kita lebih-lebihkan makan kerana dengan makan berlebihan takut-takut nanti badan kita pula yang kurang sihat.

"Hai anak adam pakailah pakaianmu yang indah disetiap(memasuki) masjid,makanlah dan minumlah,dan jangan berlebih lebihan.Sesungguhnya Allah tidak meyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"

(AL-A'RAF,7:31)

Mari kita renungkan bersama......

Saturday, May 5, 2012

JOM JALAN-JALAN...

Kali ini kita nak bersembang tentang melancong.Kita jangan pikir nak kena tunggu gaji dua tiga ribu baru nak berjalan sirius lambat.Jadi kita kena rancang la dari sekarang.Satu cerita nak dikongsi,bermulanya diatas satu kereta api.Terserempak ngan seorang pak cik ni "salam pakcik,pak cik nak gi mana ni"..."Oooh pak cik nak gi mesir".."Amboi pak cik jalan jauh nampak....""sebenarnya pak cik baru balik dari korea ni"...Biar betul pak cik buat apa kat sana"..."hehehe,saja ja nak berjalan sambil meniaga nasi lemak"..."Pak cik pandai speaking ke"..."Tak"...aku terdiam....Pak cik tadi kalau tgok passport dia hampir satu dunia dia dah pergi.Apa kerja dia jual nasi lemak tapi international punya la.Kalau pakcik tadi bole kenapa kita tak bole kita muda lagi.Dia merantau dengan isteri dia ja tak risau pon apa akan berlaku kat diorang...Bila jumpa diorang ni berdebar pulak rasa saya nak melancong.Sekarang nie dalam Malaysia dulu la, nanti2 luar pulak.Berjalan atau melancong tak rugi sebab bole melihat dunia ciptaan Allah.Bertambah keimanan kita insyaallah...Beratambah terpegun kita dengan pencipta kita.Bertambah pengetahuan,berkembang pemikiran,bertambah pengalaman.....Jadi jom jalan-jalan.

Sunday, April 29, 2012

Berfikir jangan Beremosi....

Hari ni hangat dengan cerita bersih.....which part of this story should we believe...Sebagai manusia kita kena melihat dari semua sudut tindakan.Adakah tindakan yang kita ambil betul atau salah...Sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran.Saya baru dalam menulis seperti ini tapi rasa ingin membuahkan pemikiran yang terkandung ada.Apa guna menyimpan di dalam hati.Semua manusia akan berrtindak mengikut kepentingan.Sebaik-baiknya kita bertindak mengikut pemikiran kita bukan emosi.Bertolak ansur dalam mengejar kepentingan.Sudah pasti ada jalan keluar dari permasaalahan yang timbul.....

Friday, February 3, 2012

Naluri si ibu...


Mengandung dan melahirkan anak bukanlah satu proses yang singkat dan sekelip mata.Kehamilan mengambil masa berbulan-bulan.Seawal dua bulan si ibu akan dapat merasai insan yang hadir dalam rahimnya dengan merasa loya dan keletihan yang luar biasa(bukan seperti biasa).Apabila kandungan mencecah 20 minggu,gerak janin mula dirasai ibu,melambangkan kehadiran seorang manusia kecil yang bakal menyinari hari-hari seterusnya.....Sekalipun manusia lain disekeliling tidak mengetahui,wanita yang hamil itu pasti merasakan perubahan pada dirinya.Sudah pasti sifat ingin tahu tentang keadaan bayi yang dikandungkannya,bagimana kesihatan bayi itu,lelaki ke perempuan pastina bermain di pemikiran si ibu.Naluri kasih sayang terhadap si anak mula terbina setiap detik dalam jangka masa kehamilan itu.Sudah pasti si ibu ini akan melakukan apa saja demi untuk menjaga kehamilannya...Subhanallah inilah jangka masa yang mengembirakan si ibu disaat insan kecil yang dinanti untuk lahir ke dunia.Si ibu bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan si kecil yang comel tersebut.......

Perpisahan yang dijangka....


17/12/2011 mencatat sejarah yang amat penting kepada semua penghuni di lembah tarbiyah untuk generasi ke 17.Terpaksa berpisah,ungkapan yang sesuai menggambarkan perasaan yang bergelora di dalam hati...Semua kenangan pahit dan manis dikongsi bersama alangkah indahnya waktu tu...Kini bersendirian,sepi terasa tanpa ejekan kawan-kawan,delak ketawa mereka,main futsal,main bola,seperti dirampas rasa itu...Tapi biasalah setiap pertemuan ada perpisahan jadi ketepikan kesedihan mulakan satu muka surat kehidupan kita yang baru....Jangan pandang ke belakang tetapi sentiasa usha kehadapan.....