Setiap hari kau melangkah,
Untuk mendidik anak bangsa,
Sedikit helaan nafas lelah tidak pernah engkau hembuskan,
Hanya untuk melihat satu perkara,
Anak didikmu berjaya suatu masa,
Sentiasa berusaha dan berusaha,
Walau diri semakin dimamah usia,
Untuk mengajak anak-anak mu ini,
Taat dan patuh suruhan illahi,
Agar dirimu, juga anak-anakmu,
Selamat di dunia juga akhirat nanti,
Engkau seorang murabbi,
Tidak pernah jemu dek kenakalan kami,
Walau fikiran kami melayang jauh pergi,
Tatkala engkau sedang berada di depan,
Mencurahkan ilmu hanya untuk masa depan kami,
Engkau masih tersenyum....
Senyuman yang tersirat seribu makna,
Senyuman yang tiada tanda-tanda penyesalan,
Senyuman yang penuh dengan kepuasan,
Sentiasa tersenyum melihat anak-anakmu ini,
Kini kita bersua lagi,
Walau wajah mu dimamah usia,
Rambut mu semakin memutih,
Senyuman yang dulu kau lemparkan kepadaku,
Masih tetap sama,
Senyuman yang seringkali membuatku gembira,
Senyuman yang jauh dari perasaan kecewa,
Enkaulah guruku,
Engkaulah murabbiku.....
Tuesday, May 15, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Makan-makan....Dan makan..
"Makanlah ketika lapar,Dan berhentilah sebelum kenyang"
nescaya banyak kebaikan yang kita akan dapati daripada anjuran junjungan besar kita ini.Makanlah dan jangan keterlaluan pilihlah makanan yang baik dan halal untuk kita agar makanan yang kita makan itu menjadi sumber kekuatan atau tenaga kepada kita untuk menjalani kehidupan yang sihat serta memudahkan kita untuk melakukan ibadah dan meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah S.W.T.Ingatlaah jangan kita lebih-lebihkan makan kerana dengan makan berlebihan takut-takut nanti badan kita pula yang kurang sihat.
"Hai anak adam pakailah pakaianmu yang indah disetiap(memasuki) masjid,makanlah dan minumlah,dan jangan berlebih lebihan.Sesungguhnya Allah tidak meyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"
(AL-A'RAF,7:31)
Mari kita renungkan bersama......
Saturday, May 5, 2012
JOM JALAN-JALAN...
Kali ini kita nak bersembang tentang melancong.Kita jangan pikir nak kena tunggu gaji dua tiga ribu baru nak berjalan sirius lambat.Jadi kita kena rancang la dari sekarang.Satu cerita nak dikongsi,bermulanya diatas satu kereta api.Terserempak ngan seorang pak cik ni "salam pakcik,pak cik nak gi mana ni"..."Oooh pak cik nak gi mesir".."Amboi pak cik jalan jauh nampak....""sebenarnya pak cik baru balik dari korea ni"...Biar betul pak cik buat apa kat sana"..."hehehe,saja ja nak berjalan sambil meniaga nasi lemak"..."Pak cik pandai speaking ke"..."Tak"...aku terdiam....Pak cik tadi kalau tgok passport dia hampir satu dunia dia dah pergi.Apa kerja dia jual nasi lemak tapi international punya la.Kalau pakcik tadi bole kenapa kita tak bole kita muda lagi.Dia merantau dengan isteri dia ja tak risau pon apa akan berlaku kat diorang...Bila jumpa diorang ni berdebar pulak rasa saya nak melancong.Sekarang nie dalam Malaysia dulu la, nanti2 luar pulak.Berjalan atau melancong tak rugi sebab bole melihat dunia ciptaan Allah.Bertambah keimanan kita insyaallah...Beratambah terpegun kita dengan pencipta kita.Bertambah pengetahuan,berkembang pemikiran,bertambah pengalaman.....Jadi jom jalan-jalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)