"Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32"
hehehe...jadi bijak berbicara dan berhias ye wanita-wanita comel...
Wanita hebat dalam menguruskan rumah tangga...yaka???...yang ini mestilah...beberapa hari lepas aku ada bersembang dengan seorang sahabat baik aku tentang wanita dia cakap kat aku..."can u emagine your mom uruskan awak dengan adik-adik awak,disamping dia uruskan kerja rumah"...aku pon berfikir sekejap tetiba timbol pulak dalam kepala aku macam mana wanita yang bekerjaya menguruskan anak-anak,suami,dan kerja rumah...bukankah ianya cool...hehehe...tapi tetap cool ja depa uruskkan...ok hal ini kita letak satu relationship dengan satu sifat yang hebat Allah kurniakan kepada wanita iaitu kesabaran...kalau diorang tak sabar tentu diorang tak akan mampu untuk buat semua tu...dan sifat sabar ini lahir dari sifat kuat menangis mereka ini...betulkah???...hahaha ini pandangan aku saja, bila wanita menangis itu tanda mereka protes something yang mereka tak suka tampa membantang dengan kekerasan dan ini sedikit sebanyak membina kesabaran yang utuh dalam jiwa mereka(i think so, kalau tak setuju bole tegur)...sifat sabar ini yang menampakan wanita insan yang hebat...hebatnya seorang wanita bertambah jika mereka mengabdikan diri dengan sebenar-benarnya kepada tuhan...
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
Wanita juga hebat bekerjaya???...tak dinafikan lagi Saidatina Khadijah Bt Khuwailid seorang peniaga yang hebat...siapa kata wanita kena duduk dapur ja...mana ada, itu melayu la bro...hehehe...tapi kena ingat bekerjaya itu perlu tapi harus seimbang dengan keperluan anak-anak dan suami sebab isteri hak milik suami...itu sebab penting untuk si isteri melayan kerenah nakal si suami...hehehe...
"Isteri hak milik suami,suami hak milik ibunya"...
Dan sebelum aku habis, sifat ar-rahim yang diletakan kepada wanita menambahkan lagi seri pada wananita...rahim wanita merupakan tempat seorang anak berlindung sebelum dia tiba di dunia...hah ini lagi satu kelebihan mereka...depa ada rahim and ada peluang nak rasa bibit-bibit manis ketika mengandung dan ketika melahirkan...ha saat mereka mengandung mereka akan ditingkatkan rasa kasih dan sayang dalam diri mereka...dan disaat mereka melahirkan sifat sayang itu akan mencapai kemuncak terhadap bayi yang mereka lahirkan...that's why tak hairanlah ada setengah wanita yang tak tentu arah apabila mereka kehilangan anak mereka...hahaha hebatkan wanita...aku sendiri terpengun dengan ciptaan tuhan yang indah ini...jom wanita semua korang jadi wanita solehah hehehe...