Monday, September 9, 2013

Pertama kaki ku di UMK...










Setinggi rafaq dan syukur aku panjatkan kepada tuhan yang sentiasa memelihara kesihatan,kebajikan,rezeki,dan sungguh jika dibandingkan dengan ketaatan aku,sungguh! aku hanya hamba yang lemah dan dhoif...andai aku dibicarakan di mahsyar mesti aku memerlukan syafaat dari rasulku...setinggi rasa rindu,cinta dan sayang aku kepada rasul  akan aku perlihara dalam sedetik kehidupan aku...kali pertama aku disapa pangilan UMK aku rasa agak seronok dan bercampur resah kerana bidang yang aku ambil kini jauh lari dari bidang pengajianku dahulu...tapi aku gagahkan diri kerana bidang ini agak bersesuaian dengan diriku...beberapa minggu aku di Universitas bertaraf antarabangsa ini(bole dikatakan begitu)aku mula merasa rindu akan suasana aku semasa kecil yang jauh dari masalah yang kadang kala kurasakan besar padahal jika nak dibandingkan dengan keutamman dalam kataatan masalah itu cuma kecil...seminggu aku di UMK juga mengajar aku untuk mencuba menjadi insan yang bijak mengurus perasaan walau hati aku ini kadang kala runsing dengan masalah dunia yang remeh dan rumit...kadang memerang perasaan kadang kala memujuk hati aku ini untuk cinta dan taat kepada tuhan yang mencipta....sungguh aku dulu bukanlah seorang yang kuat dalam menangani setiap pertarungan hati tapi apa yang aku pasti aku akan cuba sekuat mungkin untuk gagahi mengawal perasaan kendiri....sungguh keredhaan Allah itu adalah mashlahat utama dalam kita merangka setiap perjalanan kita...jadikan takwa sebagai indicator dalam kita meniti titian kehidupan yang kadang berduri dan beronak...jadi sudah pasti akhlak dan penerampilan kita harus kita jaga...bagi wanita dengan cara pergaulan dan perhiasan mereka manakala lelaki dengan gaya dan cara mereka bertutur dan bersopan...alangkah indah jika dunia ini dipenuhi dengan rijal yang baik tutur katanya dan alangkah cantik dunia ini jika wanitanya berpakaian menutup aurat dengan sempurna dan seindahnya....mungkin ini satu yang akan terjadi suatu hari nanti...oleh itu harus kita take part in the even untuk sama-sama kita naikan islam itu sendiri...

"alangkah beruntung seseorang itu jika dia bersama-sama dengan perjuangan islam,dan sudah pasti apabila islam itu menang dia bukanlah orang yang hanya mampu untuk melihat dari jauh,tetapi dia akan menjadi orang yang bersama-sama bersorak akan kemenangan itu"

aku disini bukanlah orang yang layak untuk membuah pemikiran tetapi hasrat hati ingin berkongsi akan apa yang terbuku...jika orang sebelumnya mampu untuk bangun disepertiga malam...apa alasan untuk kita untuk tidak melakukan hal yang sama??...moga coretan tidak seberapa ini terinspirasi akan insan yang membaca
dan mencorak rentak yang baru dalam mencari rahmah dan redhanya...asalamualaikum.

..