Tuesday, May 8, 2012

Makan-makan....Dan makan..


Asalamualaikum,semoga semua yang membaca blog ini berada dalam rahmatnya selalu insyaallah.Memakan adalah satu lumrah untuk kehidupan kita.Mana mungkin seorang manusia itu boleh hidup tanpa makan.Jika tidak makan sudah pastinya dia akan lemah dan sakit dan tidak berupaya untuk melakukan kerja harianya.Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita kena sentiasa menjaga adab sentiasa makan dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada kita.Suka untuk saya memperingatkan bahawa Rasulallah S.A.W pernah bersabda
                 
                    "Makanlah ketika lapar,Dan berhentilah sebelum kenyang"

nescaya banyak kebaikan yang kita akan dapati daripada anjuran junjungan besar kita ini.Makanlah dan jangan keterlaluan pilihlah makanan yang baik dan halal untuk kita agar makanan yang kita makan itu menjadi sumber kekuatan atau tenaga kepada kita untuk menjalani kehidupan yang sihat serta memudahkan kita untuk melakukan ibadah dan meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah S.W.T.Ingatlaah jangan kita lebih-lebihkan makan kerana dengan makan berlebihan takut-takut nanti badan kita pula yang kurang sihat.

"Hai anak adam pakailah pakaianmu yang indah disetiap(memasuki) masjid,makanlah dan minumlah,dan jangan berlebih lebihan.Sesungguhnya Allah tidak meyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"

(AL-A'RAF,7:31)

Mari kita renungkan bersama......

2 comments:

  1. peringatan buat DIRI dan SEMUA ORG,
    Jazakallahu Khairan Kathira, awak mmg pandai... :)

    ReplyDelete